Sunday, November 9, 2008

Tidak logik banding kemenangan Obama

Sebarang percubaan untuk membandingkan atau menyamakan kemenangan Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat(AS), Barack Obama dengan sentimen politik Malaysia bukan sesuatu yang logik dan ia di luar realiti.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. rais Yatim berkata, beliau hairan dengan tindak tanduk pihak terbabit yang cuba'tumpang semangkok' kemenangan Obama agar dapat dikaitkan dengan senario politik negara.
Tegas beliau, hakikatnya banyak peruntukan yang berkait dengan pelbagai kaum. Politik dan masyarakat kita berbeza dengan negara itu walaupun nilai demokrasi serba sedikit boleh dikaitkan.
"Malah AS sudah menjadi negara bebas sejak tahun 1777 sedangkan kita 1957," katanya kepada Utusan Malaysia di Putrajaya hari ini.
Beliau mengulas kolum Bisik-Bisik Awang Selamat Utusan Malaysia analisis tertentu mengaitkan pemilihan Obama yang juga warna kulit hitam pertama sebagai presiden AS dengan politik Malaysia.
Menurut kolum itu, sudah kedengaran suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri.
Semalam, Presiden MCA, datuk Ong Tee Keat berkata, sudak sampai masanya bagi rakyat malaysia membebaskan diri merea dari belenggu isu perkauman. Dengan mengambil Obama sebagai contoh , Tee Keat berkata:"Sedihnya do Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS)."
Tindakan kerajaan negeri Selangor yang diterahui Pakatan rakyat melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS dipersoalkan banyak pihak kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan soal sosial dan ekonomi bumiputra.

No comments: