Monday, November 16, 2009

Dua Senator Angkat Sumpah di Dewan Negara

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Seai Kie dan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen hari ini.
Upacara angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun itu dibuat di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Armani Mahiruddin.
Seai Kie, 47, yang juga Setiausaha Agung Wanita MCA dilantik ke jawatan itu oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan kini menerima lantikan baru oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk penggal kedua.
Beliau yang memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Perak sebelum menumpukan sepenuh perhatian kepada politik.
Timbalan menteri itu juga bergiat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Kemajuan Wanita Cina Perak dan Persatuan Ibu Tunggal Cina Perak.
Azian, 50, pula memulakan kerjaya sebagai peguam bela dan peguam cara selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Malaya (UM).
Beliau bergiat sebagai ahli politik sejak 1981 selain berkecimpung dalam dunia perniagaan termasuk kini merupakan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Ahli Lembaga Pengarah Perak Corporation Berhad (PCB).
Sementara itu, Armani dalam ucapannya selepas istiadat tersebut berharap Ahli Dewan Negara terus melaksanakan peranan masing-masing selain memberi sumbangan terbaik demi manfaat rakyat Malaysia.
"Tahniah atas pelantikan ini. Diharap Yang Berhormat juga berjaya mendukung peranan

No comments: