Thursday, August 21, 2008

Dua Exco Perak ditahan kerana rasuah

Rakayat Perak harus membuka mata kerana kesilapan mereka tidak memilih Bariasan nasional (BN) untuk memerintah negeri itu pada PRU ke -12 yang lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat Perak juga perlu sedar harga mahal yang telah mereka bayar kerana memberi mandat kepada kerajaan campuran Perak untuk memerintah negeri itu.
Menurut beliau, penehanan dua Exco kerajaan negeri Perak oleh Badan Pencegah Rasuah(BPR) menunjukkan bukti, pemerintahan oleh pakatan pembangkang itu semakin lama akan terus menimbulkan pelbagai masalah. Beliau fikir makin lama mereka memerintah lagi banyak masalah akan timbul dan beliau berharap rakyat Perak akan sedar mengenai perkara ini dan kerajaan ini perlu ditukar. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuh mengenai penehanan 2 Exco kerajaan negeri Perak oleh BPR kerana disyaki terlibat dalam sigokan wang lebih RM100,000 dan seks bagi mempercepatkan kelulusan satu projek perumahan bernilai RM80 juta di Seri Iskandar. Beliau berkata kes ini membuktikan kerajaan campuran Perak tidak telus seperti yang dilaung-laungkan sewaktu pilihanraya lalu.

No comments: