Thursday, August 28, 2008

BPR serbu Puspakom

Badan Pencegah rasuah(BPR) menahan 47 orang, termasuk 28 kakitangan Puspakom Sdn.Bhd. dan 19 perantara atau runners dalam operasi besar-besaran bagi membantu siasatan rasuah membabitkan kelulusan pmeriksaan kenderaan.
Tangkapan mulai kelmarin hingga petang semalam dalam operasi bersepadu 'Ops Compact' di seluruh negara itu adalah hasil pengawasan dan risikan BPR sejak beberapa bulan lalu.
Mereka yang ditahan ialah tujuh kakitangan Puspakom dan empat perantara di Johor, tujuh kakitangan Puspakom dan 2 perantara di Perak, tujuh kakitangan Puspakom dan seorang perantara di Pulau Pinang serta 6 kakitangan Puspakom dan 1 orang perantara di Negeri Sembilan.
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata kakitangan Puspakom ditahan membabitkan pegawai bawahan dengan jawatan Warden Trafik serta Pemeriksa Kenderaan.
Siasatan BPR mendapati bayaran sogokan RM80 dikenakan bagi meluluskan pemeriksaan setiapa kenderaan bermasalah tanpa mengikut prosedur, makala RM400 untuk meluluskan pemeriksaan tanpa membawa kenderaan ke pusat itu. Ketua Eksekutif Puspakom, Datuk Salamat Wahit menjelaskan, Puspakom menjalin kerjasama dengan BPR bagi membanteras rasuah dan penyelewengan sejak lebih setahun lalu. Hasil kerjasama itu , 10 kakitangan Puspakom ditangkap dan diberhentikan pada Januari lalu. Katanya jika kes membabitkan kakitangan, mudah mereka bertindak, tetapi perantara sukar kerana mereka bukan pekerja dengan Puspakom dan pihaknya tidak bolh kawal.Katanya lagi kerjasama yang amat baik ini antara Puspakom dengan BPR dapat menangkap mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga mempengaruhi kakitangan Puspakom untuk melakukannya.
Senarai nama kakitangan yang disyaki terbabit dalam kegiatan itu diserah kepada BPR selepas audit dalaman dijalankan selain siasatan oleh unit penguatkuasa Puspakom.
Siasatan kini menjurus kepada kegiatan orang tengah yang diupah syarikat tertentu untuk menyogok kakitangan Puspakom ketika membuat pemeriksaan kenderaan. Ada antaranya meletakkan sejumlah wang dalam kereta yang hendak diperiksa.
Ketua Eksekutif itu turut menggalakkan orang ramai menghantar sendiri kenderaan untuk pemeriksaan di Puspakom dan tidak menggunakan orang tengah bagi mengelak penipuan.
Pihak Puspakom sudah melancarkan kempen 'Kenal Puspakom' dan pengguna diberi peluang melihat sendiri pemeriksaan yang dibuat secara telus dan cekap.

No comments: