Sunday, August 24, 2008

Harga Minyak Turun

Kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter. manakala harga diesel sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter, berkuatkuasa jam 12 tengah malam 23 Ogos 2008.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan semalam selaras penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu lalu dan bagi mengimbangi kenaikan kadar inflasi.Mengikut PM, Jemaah menteri hari ini mengambil keputusan mempercepatkan tarikh penguatkusaan pelarasan harga baru petrol dan ia dibuat dengan mengambil kira harga sebenar daripada 1 hingga 21 Ogos lalu serta penetapan subsidi 30 sen seliter bagi kedua-dua RON97 dan RON92.

No comments: