Monday, September 1, 2008

Malaysia Today disekat

Menteri Dakam Negeri datuk Seri Syed hamid Albar berkata, adalah wajar bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia malaysia(SKMM) bertindak dan mengarahkan pembekal perkhidmatan Internet(ISP) di negara ini menyekat laman web Malaysia Today. Kata menteri,sudah terlalu banyak peluang dan amaran diberikan kepada laman web itu yang tidak dipedulikan dan beliau yakin SKMM telah menjalankan kuasanya dengan baik dan mwengikut undang-undang.
Datuk menteri berkata, kerajaan tidak pernah berniat menyekat kebebasan rakyat untuk berdebat dan memberi maklumat. Apabila seseorang menerbitkan kandungan yang dianggap menghina atau memfitnah kuasa SKMM untuk memelihara undang-undang danperaturan dalam negara ini, bagi mereka mengambil tindakan yang dianggap perlu.

No comments: