Monday, September 22, 2008

Akta Hubungan Kaum Malaysia elak sejarah hitam berulang

Persoalan sama ada perlu atau tidak Akta Hubungan Kaum diwujudkan di negara kita adalah sangat subjektif dan memerlukan kajian lanjut yang komprehensif serta tidak mempunyai agenda politik tertentu. Ini adalah kerana penggubalan akta ini bukanlah satu ancaman atau ugutan perkauaman di negara kita tetapi hanya akan digunakan sekiranya terdapat pelanggaran dalam hubungan antara kaumyang boleh menjejaskan perpaduan rakyat.
Pada dasarnya akta berkenaan penting bagi memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman tenteram dan rakyat pelbagai kaum dapat hidup dengan harmoni dan tolaransi.
Di samping itu, akata ini boleh bertindak sebagai mekanisme merapatkan perpaduan dan kesepakatan antara etnik di negara kita.
Kewujudan akta ini juga adalah salah satu bentuk usaha penguatkuasaan kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terkawal dan dipelihara sebaik mungkin.
Akta ini kelak diharapkan dapat menjadi landasan pembentukan sebuah masyarakat berbilang kaum yang bersatu hati dengan mengambilkira keadilan dan kesamarataan serta mengelak berlakunya konflik dan perselisehan kaum.
Memalui akta ini juga diharapkan hasrat kerajaan merealisasikan sebuah masyarakat Malaysia ang teguh persefahaman, penuh semangat perpaduan, bersaing secara sihat ke arah melahirkan suasana integrasi kaum yang bersatupadu dan realistik di negara kita dapat dicapai.
Dalam soal perpaduan kaum ini, ramai tokoh pemimpin dan pemikir negara menyambut pemimpin dan pemikir negara menyambut baik cadangan penggubalan akta berkenaan.

No comments: