Wednesday, September 10, 2008

Amaran Polis terhadap penyebar isu perkauman

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menggugat keselamatan dan ketenteraman negara menerusi penyebaran isu berunsur perkauman.
Beliau berkata, tindakan sama turut akan diambil ke atas individu yang cuba mengesploitasi kenyataan berkenaan dalam bentuk blog, khidmata pesanan ringkas(SMS atau khidmat pesanan multimedia(MMS)
Beliau bagi amaran yang keras kepada semua pihak tidak kira siapa mereka itu supaya berhenti membua apa-apa kenyataan berbaur perkauman sama ada dalam media cetak atau media elektronik kerana perbuatan tersebut melanggar undang-undang.
Ismail juga menyarankan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang tindakan berdasarklan emosi dan perasaan kerana ia akan menimbulkan suasana kurang selasa di kalangan penduduk pelbagai kaum.
Berhubung kenyataan Ketua UMNO Nahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, beliau berkata, polis masih menjalankan siasatanberhubungan kenyataan itu. Beliau jawab pihak polis akan menyiapkan siasatan itu secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.
Beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penyebaran kenyataan berbaur perkauman sebaliknya mendapat gambaran yang sebenar-benarnya dengan daripada pihak polis.
Orangramai ramai boleh menghubung Ketua Polis Negara Negeru atau ketua Polig daerah untuk mengetahui keadaan semasa pada bila-bila masa.
Serentak dengan perkembangan semasa juga, beliau telah mengeluarkan arahan kepada Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah supaya meningkatkan pemantauan di tempat-tempat awam.
Beliau menggesa orang ramai supaya menyemai rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dadalam sanubari mereka dan sentiasa mematuhi undangan-undang bagi mengelak sebarang gambaran perkara ti diingini berlaku.
Katanya Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat serta mempunyai undang-undang. Setiap rakyat perlu menghormatinya kerana hanya dengan itu kita dapat menjamin kestabilan
negara.

No comments: