Tuesday, September 2, 2008

Cuepacs kecewa janji ITP,Cola tak ditepati

Cuepacs yang gembira dengan pemberian bonus dalam bajet 2009 telah kecewa apabila dua permintaan kesatuan itu berhubung kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan(ITP) dan penyelarasan elaun kos sara hidup(Cola) kepada kakitangan awam tidak disenaraikan dalam belanjawan kali ini.
Sehubungan itu, Cuepacs yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan sektor awam akan bertemu Perdana Menteri pada bulan depan bagi membincangkan kedua-dua perkara itu.
Presidennya, Omar Osman berkata sebelum ini kerajaan secara dasarnya bersetuju memberi elaun Cola dan turut memaklumkan perkara berkenaan kepada Cuepacs dalam surat maklum balas. Beliau bagaimanapun berkata, Cuepacs tidak berniat mengugut kerajaan dalam perkara itu tetapi percaya sekiranya permintaan berkenaan dilaksanakan ia dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah. Pihaknya akan membuat temujanji untuk bertemu Perdana menteri dan menerangkan secara rasional berhubung permintaan Cuepacs itu bagi manfaat anggota sektor awam.
Cuepacs sebelum ini meminta kerajaan menaikkan ITP daripada RM180 sebulan kepada RM230 dan menyelaraskan elaun Cola kepada RM500 sebulan di seluruh negara.

No comments: