Monday, September 8, 2008

Penulis blog Singapura didakwa Hina Hakim

Seorang penulis blog, Gopalan Nair yang didakwa menghina seorang hakim, mengaku tidak bersalah di mahkamah, pada 8 September.
Nair dihadapkan ke mahkamah kerana menuduh seorang hakim 'melacurkan diri' apabila bersekongkol dengan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dan bapanya bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew dalam kes saman fitnah ke atas seorang pemimpin pembangkang.Nair yang mengaku tidak bersalah mewakili dirinya sendiri ketika dipanggil hakim untuk membela diri.
Hakim Belinda Ang juga pernah mengadili kes terhadap Presiden Parti Demokratik, Chee Soon Juan.
Nair, bekas peguam dan mendapat kerakyatan Amerika Syarikat, dituduh secara menulis di dalam blognya bahawa Ang bertindak tidak lebih sebagai pekerja kepada Lee Kuan Yew dengan melaksanakan setiapa arahannya.
Perbicaraan kes ini akan berlangsung selama 10 hari dan Nair juga akan berhadapan dengan beberapa kes lain di mahkamah.

No comments: