Monday, September 8, 2008

Gerakan Putuskan Hubungan dengan UMNO P.Pinang

Gerakan P.Pinang membuat keputusan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang berkuatkuasa serta- merta berikutan tindakan Ketua OMNO bahagian Bukit Bendera, datuk Ahmad ismail mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbau perkauman.
UMNO Pulau Pinang dipengerusikan oleh Perdana Menteri , datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pemangku Presiden gerakan, tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat tergempar yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa perhubungan negeri. beliau berkata, ahli Ggerakan berasa amat terkeju dan marah serta mengutuk tindakan dan tingkah laku Ahmad yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu.
Beliau memberitahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar jawatankuasa perhubungan Gerakan Pulau Pinang pada malan 8 Sept. Tsu Koon turut menyelar tindakan Ahmad yang menyifatkan masyarakat Cina di Malaysia sebagai sama dengan kaum Yahudi di Amerika Syarikat yang menguasai ekonomi dan selanjutnya ingin menguasai politik, sebagai tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Liow Tiong Lai turut menegaskan bahawa MCA Pulau Pinang memutuskan hubungan dengan Ahmad dan tidak akan meyertai mana-mana aktiviti anjuran UMNO Bahagian Bukit Bendera sehingga isu tersebut duselesaikan. katanya, MCA juga akan berbuat perkara sama kepada mana-mana UMNO bahagian lain di negeri Pulau Pinang yang turut sekongkol dengan Ahmad Ismail. katanya MCA berasa marah,tersinggung, kesal dan hampa dengan tingkah laku angkuh beliau yang enggan menarik balik kenyataan dan mminta maaf terhadap kata-katanya yang telahmenyakitkan hati adan perasaan orang Cina di negara ini.

No comments: